Subscribe:

Pages

Followers

Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Monday, March 8, 2010

18 sx . Jangan Bukak Kalau Tak Cukup Umur

Salam peace to all readers.

Tak sangka korang bukak juga ehh ? Dah cukup umur ke belum ni? Kalau tak cukup umur , sila tekan ALT + F4 sekarang yee. Sebab belum terlambat untuk anda beredar.. Hahaha :)

Ok , this entry ,sebenarnya aku buat just nak tanye pendapat  korang je. As a perempuan , korang mesti terfikir , yang lelaki ni suka perempuan yang seksi seksi je kan? Tapi korang sebenarnya tak tahu , lelaki sejahat jahat mana pun , dia akan cari perempuan yang cukup kain jugak :) betul tak lelaki?? Tak betul? Tipu la .

So sekarang ni , sila la berdebat. Betul tak apa yang aku cakapkan ni. Huhu :)



Ko rasa , perempuan yang bercirikan gambar di atas ni lebih layak jadi bini kau ataupun....









  ( SILA SCROLL KE BAWAH )















Yang Ini?

 

dan yang ini?



Nota Akhir :- Aku rasa gambar yang bawah tu sesuai la jadi BINI aku kelak. Haha ! Takpun yang ada ciri-ciri macam tu :) Kalau tade , aku usaha supaya bini aku berubah jadi mcam dia. Pakai tudung , baik hati , pemurah dan segalanya2 lah. Nasib tak baik la sapa jadi bini aku nanti.hahaha

Aku yakin ramai yang pilih no 2 daripada no 1. Kih3 :)


Persoalannya , kenapa makin ramai wanita sekarang dah tak reti nak pakai baju secara proper? Macam dalam gambar pertama. Macam baju tidur betul tak??

Sapa sokong aku sila comment sekarang. Hahah!

p/s:- all picture taken from google
 

Friday, March 5, 2010

Tikam Bertubi - tubi. Must read

Salam to all readers :)

Hari ni , kita dikejutkan lagi dengan satu lagi kes kematian yang mengakibatkan kanak - kanak . Pembunuhnya pula ibu - bapa nya sendiri . Apa lah nak jadi ngan dunia ni kan? Makin lama , makin teruk aku tengok. Setiap hari ada je kes bunuh . Lebih memilukan hati aku sekarang ni , banyak kes yang melibatkan kanak-kanak yang tak tahu apa - apa. Sedih sedih! :( Nak tahu cerita ni , leh la pi cari kat Harian Metro. Aku dah malas , nak post entry pasal kes bunuh kanak - kanak ni. Sedih!! Tuhan je yang tahu.



Tikam bertubi - tubi tajuk hot di bahagian hadapan surat khabar myMetro. Al-kisahnya mengenai dua pasang kekasih yang mengamalkan cinta terlarang akhirnya menemui ajal. Macam mana boleh menemui ajal? Sebab tuhan sayangkan dia lebih :) harap harap dosa dorang diampunkan. Baca la article ni :)




ALOR STAR: Akibat cinta terlarang, seorang jurujual wanita maut di tangan rakan sekerjanya yang juga seorang wanita selepas ditikam tujuh kali dengan sebilah pisau pemotong sayur di perut dipercayai bermotifkan cemburu dalam kejadian di belakang Lorong Kristal, Taman Kristal di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, Suhana Mohd Shariff, 26, dari Kota Tanah di sini, ditemui terbaring di belakang Perodua Viva putih miliknya, manakala suspek berusia 33 tahun cedera parah di dada dan tangan kiri selepas menikam diri sendiri.

Difahamkan, seorang pengawal keselamatan dikenali sebagai Mohd Faizal yang ketika itu membuat rondaan di lorong berkenaan menemui kedua-dua wanita terbaring menahan kesakitan berhampiran kereta berkenaan.

Pengawal terbabit segera menghubungi ambulans dan polis bagi memaklumkan kejadian itu.

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, manakala ‘teman lelakinya’ ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan kerana kecederaan serius di dada.

Difahamkan, kedua-dua wanita bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai menjual alat tulis berhampiran Terminal Bas dan Teksi Shahab Perdana di sini dan berkawan sejak dua tahun lalu.
Sebelum kejadian, mereka dipercayai bertengkar dalam kereta berkenaan sebelum suspek menikam mangsa tujuh kali di perutnya.

Sejurus melihat mangsa terbaring kesakitan, suspek terus mengelar pergelangan tangan kirinya sendiri sebelum menikam dadanya menggunakan pisau sama.

Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab, berkata ketika pasukan polis tiba di tempat kejadian, kedua-dua wanita sudah dihantar ke HSB untuk rawatan.

Bagaimanapun, katanya Suhana disahkan meninggal dunia pada jam 11.35 malam di HSB, manakala suspek masih tidak sedarkan diri dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa ialah teman rapat suspek berdasarkan beberapa bahan bukti termasuk gambar dan hadiah yang ditemui dalam keretanya selain mendapati nombor pendaftaran kereta Suhana iaitu 8477 juga mungkin disesuaikan dengan tahun kelahiran mereka,” katanya.

Menurutnya, suspek dipercayai tidak puas hati dengan mangsa dan terus menikamnya tujuh kali di perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 17.8 sentimeter.

“Selepas melihat mangsa dalam keadaan separuh sedar akibat tikaman itu, suspek terus mengelar pergelangan tangan kirinya beberapa kali dalam cubaan membunuh diri,” katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya, suspek yang melihat dirinya tidak cedera terus menikam dadanya beberapa kali sebelum rebah di belakang kereta milik Suhana.



Abdul Ghafar berkata, menurut saksi kejadian, kedua-dua wanita berada di luar kereta berkenaan dalam keadaan parah dan polis percaya pergaduhan bermula dari dalam kereta kerana ada kesan darah di tempat duduk pemandu serta penumpang hadapan.

“Mangsa keluar dari keretanya untuk menyelamatkan diri manakala suspek mengekori dari belakang. “Bagaimanapun, kedua-duanya ditemui terbaring di belakang kereta berikutan kecederaan yang dialami.
“Kami turut menemui sebilah pisau yang digunakan suspek di kawasan sawah berhampiran tempat kejadian,” katanya sambil menyatakan polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bangunan berhampiran bagi membantu siasatan.

Menurutnya, polis sedang menunggu keputusan bedah siasat terhadap mayat mangsa yang berasal dari Lorong Kenanga di sini, manakala suspek yang tinggal di Seberang Nyonya di sini, belum direkodkan kenyataan berikutan masih tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.


-Sebenarnya membunuh kerana cemburu bukan shj tertakluk kepada insan sejenis,malahan kepada seluruh umat manusia sekiranya pertimbangan akal yg waras sudah hilang. Maka jgn hanya kerana sebilangan kes begini terus menuding jari kepada semua yg lain, tetapi perkara sebegini harus menjadi teladan & sempadan.


Persoalan :-
1 . Apa motif kes bunuh ni eh? Takkan cemburu kot?
2. Korang rasa , patut ke dihukum orang yang bercinta secara terlarang ni??

Apa - apa pun sedekahkan Al - Fatihah buat mangsa.
 

Jom bantu RAKAN BLOGGERS

Salam peace to all of you ; readers :)

Entry kali ni , aku dedicated to eLmO ParaNOrmal yee..
Semalam dia ada datang melawat blog aku , tapi aku tak sempat nak usha balik blog dia.
Ye lah , pakcik busy , nak update pun tak sempat - sempat. Huhu! :)

Tak apa , just lupakan kisah aku seketika , lain kali leh cerita.
Ni aku nak cerita pasal si eLmO ni ha, alkisahnya time aku tengah blogwalking kat blog dia ; aku tertarik ngan entri dia yang bertajuk  OTAK TERCICIR DEKAT TEPI PARIT , ENTAH BILA NAK KUTIP . So disebabkan tertarik , aku terus la baca. Ingatkan betul betul ada otak tercicir tepi parit kan , rupanya tak. Rupanya salah sorang rakan blogger kita ni , tengah down tade mood.



Ini semuanya gara - gara pelajaran. :) So apa kata korang gi blog dia baca article tu , then kita beri kata semangat yang membina. Takmo la korang blogwalking sana pastu kutuk-kutuk . Miahahahaha :)

Tak silap aku elmo ni pon member GENGBLOGGER, so apa lagi , kita satu community support la member kita sorang ni yang bernama Syifa :D

Thanks ;)

Wednesday, March 3, 2010

13 Sikap Orang Yang Berjaya



Salam peace to all readers out there,
Malam ni aku nak share sedikit ilmu yang baru je aku peroleh daripada seminar tadi. So sebelum terlupa baik aku sharing ngan korang kan? Heheh :)





Kejayaan dan kegagalan semua terpulang kepada sikap diri kita. Sikap ni sukar dibentuk dan diubah. Tapi kajian mendapati , cara paling mudah nak ubah sikap kita ni , ialah dengan mengubah sikap buruk dengan sikap yang lebih baik dan bagus. Once you have archieved this, success is easily archieveable.

Antara sikap - sikap orang yang berjaya yang aku perasan la ni ialah,

1. Orang yang berjaya , mestilah memahami objektif yang ingin dicapai. Mereka mestilah berusaha setimpal dengan apa yang dia inginkan , barulah tercapai objektifnya.

2. Orang - orang yang berjaya , pandai membuat keputusan dengan cepat dan ikut panduan yang diberikan. Jika keputusan terpaksa ditukar , mereka akan berfikir panjang sebelum mengubah keputusan.

3. Orang yang berjaya , ialah seorang pendengar yang bijak. Orang seperti ini , bukan sahaja mendengar , malahan memahami apa yang cuba disampaikan.

4. Orang yang berjaya , merancang setiap aktivitinya . Orang ini , akan list down kerja yang patut dibuat keesokkan harinya .

5. Orang yang berjaya , menyimpan diari ( dan Blog )  haha.

6. Matlamat orang berjaya , bukanlah sekadar menyiapkan tugasannya , malahan mencuba buat yang terbaik. Apabila mereka ini diberikan tugasan , mereka akan buat dengan bersungguh - sungguh  dan tidak akan diganggu oleh orang disekitarnya.. Walaupun mereka diberi tugasan yang mereka tidak sukai , mereka tetap melaksanakannya . Senang cerita , mereka nak perfect je la :)

7. Orang yang berjaya ,ialah seorang yang kerjakuat , sistematik , dan mendetailkan segala apa yang dilakukan.

8. Orang yang berjaya , akan sentiasa mengingatkan diri sendiri. Mereka akan memotivasikan diri sendiri supaya tak cepat give up dan percaya yang mereka boleh melakukannya .

9. Orang yang berjaya , percaya akan diri sendiri. Mereka sentiasa membayangkan kejayaan . Secara tak langsung , ianya terus mendorong mereka membuat yang terbaik dalam setiap yang dilakukan.

10.
Orang yang berjaya , sentiasa bersemangat , bertenaga dan bersedia.

11. Orang yang berjaya , mempunyai misi dan visi tersendiri. Mereka bekerja untuk mencapai sesuatu dan bukanlah semata- mata kerana duit.

12. Orang yang berjaya adalah sangat sistematik dan berdisiplin

13. Dan yang terakhir ialah , orang yang berjaya akan sentiasa mencari jalan untuk berjaya , dan kegagalan bukanlah penyebab jatuhnya semangat.


Baca dan amalkan ye :D
 

Semoga kita menjadi orang yang berjaya di DUNIA dan AKHIRAT

Sambil sambil tu dengar lagu penaik semangat ni :)

JANGAN TENGOK VIDEO DIA! HILANG FEEL WOOO! :) DENGAR LAGU JEE okieh :)




KOMEN LINK KAT BAWAH , JANGAN BUAT2 TAK NAMPAK PULAK :)




Tuesday, March 2, 2010

Entri paling hangat.

Salam peace ! Apa khabar semua , sehat tak? hehe !~ Mesti lah sehat kan? Korang kan pemblogger paling tegar kat muka bumi ni. Sehari tak blogging tak sah kan?? Kalau sakit , tak ada ubat lain dah selain blogwalking pastu gelak sorang-sorang depan pc selepas baca entri - entri para bloggers kita ni .

Cakap pasal entri ni kan , ni aku nak cerita sikit ni. Ni fakta bukan auta :) Korang tahu tak blogger kita ni suka letak entri yang hangat hangat sehangat Hot FM , and ada kalanya terlebih lebih HANGAT , sehinggakan bila kita ternampak je tajuk tu , terus bukak link tu .

Contoh , salah satu entri  hot yang orang suka buat letak ialah " Video Malam Pertama ". Uish ! pantang para blogger kat luar sana tu , kalau nampak entri yang hot macam ni. Terus tak reti nak duduk diam, sehingga berpeluh - peluh sebab excited nak tengok video tu yang disangkanya video 18sx . Haha. Bukak - bukak hampeh . Video lain yang keluarnya :) Bukan 3gp Melayu tapi video ceramah agama plak yang keluar. Naik hangit member , terus hilang nafsu serakah 2 bulan. Hahahaha.

Ni antara entri - entri popular sekarang ni.
Semua fikir kotor je. Apa nak jadi?? :P

 
Klik Untuk TUMBESARAN
Entri Paling Hangat pada ketika ini ialah MALAM PERTAMA !
Apa yang dibuat pada malam pertama ehh?? Aku tak tahu la ? Sapa boleh  ajar ! Ops! hehehe :)

So , kesimpulannya , kalau nak tarik unique visitor , letak la entri-entri ngan perkataan LUCAH baik ye. Kita takleh buat orang selalu kecewa. Kesian dia. Dia nak cari 3gp Malam Pertama dapat pulak cerita Pengalaman Malam Pertama Berceramah Di Surau Nur Ain :D

Hambek Kau :)  GUD NITE


 
This Picture I Dedicate to Cik Kitty
Sebab dia pencinta kucing yang sangat IKHLAS :)
Teruskan sikap sebegitu ok Cik Kitty :)

p/s:- Satu lagi tips nak tingkatkan UNIQUE VISITOR ialah , Setiap malam ko bukak KL FM, pastu bila dekat - dekat pukul 12 pagi kan , ada lagu negaraku berkumandang, ko terus ping entri korang kat GENG BLOGGER :) Insya allah berkat dengar lagu NEGARAKU , 1 Malaysia datang tengok blog korang :)

Tak begitu KAWAN KAWAN?


Boss Gersang

Tajuk Asal :- Mangsa Majikan Rakus
Dipetik dari myMetro :- K l i k  S i n i



SAYA gadis berumur 20 tahun dan dikategorikan seorang yang cantik dan sentiasa menjadi bualan di tempat kerja. Saya baru mendapat kerja dengan gaji lumayan di syarikat perumahan swasta.

Di pejabat, saya mengenali Kak Intan dan dia memberitahu menginap di kondominium mewah yang dibayar syarikat. Apa yang menghairankan, Kak Intan tinggal serumah dengan bos tetapi memberi alasan bilik berbeza.

Ramai pekerja di pejabat mendakwa mereka sudah lama bersekedudukan, namun tiada siapa berani bertanya kerana boleh membuang sesiapa sahaja yang tidak disukainya.

Satu hari, Kak Intan mempelawa saya tinggal bersamanya kerana menurutnya, bos akan berpindah ke rumah lain. Saya terpaksa bersetuju selepas dipujuk berkali-kali walaupun dalam hati saya masih ada perasaan syak wasangka.



Sepanjang di kediaman itu, Kak Intan melayan saya dengan baik dan menganggap seperti adik sendiri. Selepas dua bulan, bos berpindah balik ke rumah itu dan saya tidak terdaya membantah. Pengalaman hitam saya bermula apabila satu malam Kak Intan mempersiapkan makan malam yang istimewa untuk saya. Tanpa disedari, Kak Intan memasukkan ubat tidur dalam minuman dan pada malam itu bos meniduri saya. Saya hanya mampu menangis mengingati arwah ibu, bapa dan tunang.

Saya ke pejabat setiap hari dan menganggap tiada apa yang berlaku walaupun terpaksa berhadapan dengan bos dan Kak Intan.

Kak Intan memberitahu ada mengambil gambar bogel saya ketika tidur untuk diberikan kepada bos. Dia mengugut saya jangan berpindah atau bos akan memberhentikan saya serta-merta selain menyebarkan gambar bogel itu.

Saya membenci Kak Intan tetapi terpaksa bekerja kerana ia punca pendapatan saya.

Tolonglah Dr, adakah saya patut berhenti kerja? Perlukah saya memberitahu kejadian sebenar kepada tunang saya? Saya takut tunang membatalkan perkahwinan jika tahu mengenai perkara itu.

Saya juga kasihan dengan gadis di pejabat itu yang mungkin menjadi mangsa bos melalui perantaraan Kak Intan. Apa patut saya lakukan?

Mangsa Bos
Masai, Johor




Macam ni la ye cik gadis 20 tahun ,

Pada pendapat aku la kan, kau patut pergi buat report la cik kak. Takkan kau nak biarkan bos kau buat benda yang sama kat staff - staff perempuan yang lain kat situ. Tak guna kau dapat duit dia , tapi maruah tergadai. Kau buat je report kat balai polis . Tapi senyap - senyap la. Nanti pandai - pandai la polis berkas boss kau ngan Kak Intan yang celaka gila tu.  

Ni just pendapat 20 sen aku , mungkin ada kat luar sana nak bagi cadangkan. Kot - kot cik kak tu terbaca blog aku kan?? ( hehe.. ) atleast nanti dia terbaca , dia dapat la idea nak buat apa kan. Cik Kak , sebelum terjadi apa- apa yang lebih teruk ,sebaik  baiknya amik tindakan yang sepatutnya. 


                                                         Video OF The Day



Macam mana lah dorang boleh buat cam ni kan??? Hebat hebat :)



Monday, March 1, 2010

iPhone 3gs 32GB RM 1200

 
Hanya RM 1200
TAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN.

KENAPA HP NI MURAH?
Sebab nya , kawan aku beli dari Distributer kat US sana.
Tapi nak kena beli secara borong.
Sekali order kena dalam 20 biji , so sekarang ni tengah mencari 17 orang lagi.

Sesiapa berminat boleh ADD AFIQ RAZAK kat facebook :)
Tak pon comment je kat sini . Nanti aku bagi link Afiq Razak tu.

Nota :- Bayaran deposit 50% tao :)
Warranty tade kat Malaysia. Kalau rosak , antar kat US. Cost $10 je. Tak mahal mana pun.
 
Cepat – cepat , aku pon nak angkut satu ni . :)


Sumbat Baby Dalam Pam Tandas


Lagi satu kes pembunuhan baby atau kanak - kanak berlaku. Tak silap aku , berita ni keluar the same day dengan hari keluarnya berita mengenai adik malang Syafia Humairah Sahari yang dibelasah sehingga mati.



 Apa la nak jadi ngan orang zaman sekarang ni? Baby anugerah paling tak terkira , dia boleh buang macam tu je. Macam buang anak patung . Mungkin kalau kita tak jaga perlakuan kita dari sekarang , mungkin kita pon leh jadi macam dia. Baca kisah ni jadikan dan jadikan sebagai tauladan yee semua.. Muga tak jadi perkara-perkara macam ni dalam kehidupan kita. Amin


JOHOR BAHRU: Bimbang rahsia asmaranya bersama dua lelaki terbongkar, seorang wanita tergamak membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya dengan melemaskannya ke dalam pam tandas sebuah sekolah memandu di Segamat.
Malah, demi memastikan perbuatan terkutuknya itu terus menjadi rahsia, wanita berusia 21 tahun itu kemudiannya menyumbat mayat bayi malang itu ke dalam tangki sama sehingga menyebabkan kepala tubuh kecil itu remuk dan pecah.

Namun, rahsia yang cuba disembunyikan itu tidak bertahan lama apabila rungutan orang ramai berhubung bau busuk dari tandas membawa kepada penemuan mayat bayi yang mula membengkak dan reput sejak lima hari lalu itu.

Menurut sumber polis, ketika ditemui, kepala bayi yang baru dilahirkan itu hampir hancur akibat perbuatan tangan ibu sendiri yang menekannya dengan kuat bagi membolehkannya merahsiakan kelahiran hasil perbuatan terkutuknya ke dalam tangki pam tandas itu.

Katanya, lima hari lalu wanita terbabit dikatakan ke sekolah memandu berkenaan bagi menduduki ujian memandu, bagaimanapun dia kemudian tergesa-gesa keluar dari kenderaan dengan alasan untuk ke tandas kerana sakit perut.

Difahamkan ketika kejadian, wanita berkenaan terperuk hampir dua jam dalam tandas untuk melahirkan bayi cukup sifat hasil hubungan sulit dengan dua lelaki sebelum membunuh bayi itu dengan menyumbatnya ke dalam tangki pam tandas. Wanita berkenaan kini sudah ditahan polis untuk membantu siasatan kes, malah kini polis sedang menjejaki dua lelaki yang dikatakan pernah menjalinkan hubungan sulit dengan wanita terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Md Ali, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu sebaliknya menegaskan satu sidang akhbar dijangka dibuat pada Isnin ini.



p / s :- Lain kali kalau nak beromen pakai kondom la wei . Hangin betul aku ! Kesian aku tengok baby baby ni. Buat anak tahu , jaga anak tak tahu pulak. Pergi cari lelaki kau tu , pastu campak dia dalam loji , tengok apa dia rasa.



Sunday, February 28, 2010

Kenapa Ramai Tak Suka MLM?



Salam ( peace ) sejahtera diucapkan kepada makcik - pakcik di luar sana yang sudi bertandang blog ini.
Hari ni ,entahlah kenapa tetiba terdetik hati ini ( chewah ) nak bercerita pasal Multi Level Marketing ni kat sini. :)

Pasti korang biasa dengar pasal Multi Level Marketing kan? Tipu lah kalau korang kata tak pernah dengar . MLM penipu lah , kayakan orang atas la , dan pelbagai tanggapan negetif diberikan kalau ditanya pasal MLM ni , betul tak?

Ok , sebelum aku berhujah dan merepek panjang berjela , baik aku beritahu yang sekarang ni , aku tak buat apa - apa bisnes MLM dan berniat nak promosi bisnes MLM aku kat korang. No lah . Entri kali ini , just untuk menyedarkan bahawasanya tanggapan korang salah pasal MLM ni. Clear?

 
Gambar aku main angkut kat google je.

 
Ni carta organisasi kat syarikat.
Perasan tak , lebih kurang je. Bentuk system dia.
( fikir-fikir kan lah )
MLM sama je macam bukak syarikat :) Susah-susah dahulu , baru leh senang-senang jadi CEO.


Dulu aku pernah jugak terjebak dengan MLM ni ( nama syarikat di rahsiakan ) , excitednya aku , pergi dia nya seminar dan segala jenis ceramah .Time tu , aku memang tak pernah buat MLM , so aku pon excited la , sebab dorang cerita boleh duit berjuta - juta segala kalau join benda ni. Macam senang gila nak buat MLM ni.. Everytime aku balik dari seminar dorang pasti tak leh tido. So aku pun join la , dengan melaburkan sedikit duit RM 2500++, dengan harapan dok diam dapat duit. Tapi sangkaan aku salah. Buat bisnes apa yang dok diam dapat duit?? Tak ada.

Akhirnya rezeki aku bukan kat situ , aku pon stop buat benda alah tu selepas mempromosikan company tu tak sampai sebulan.

Pastu , aku give up . Mula la aku on internet cakap kat orang lain , MLM yang aku join tu tak bagus . Tak boleh buat duit ( sebab aku ingat dok diam leh dapat duit ). Aku kutuk habis-habisan company yang pernah aku join dulu. Anti gila ngan company tu.

Alhamdulillah sekarang aku sedar , dulu aku gagal sebab aku tak berusaha . Kerja apa yang tak berusaha dapat pulangan?? tak ada lagi aku rasa. Pelacur cari duit pun , terpaksa gadai maruah tau.

Kalau betul la company yang aku join tu tak bagus , kenapa still megah lagi berdiri company dia. Baru- baru ni , siap keluar paper lagi , yang company tu berjaya melahirkan 12 jutawan setahun, and yang terkejutnya aku , salah sorang upline aku terdiri daripada 12 jutawan tersebut. Tersentak la aku kan. ! OMG rugi tak follow up dia dari dulu. Hahaha!~ Tapi apa kan daya, sebab sikap malas aku , aku still berada di tahap , tak cukup makan , padahal upline aku plak asyik terlebih makan jee sbb duit banyak.

MENYESAL BETA!

Pastu aku buat la research pasal MLM ni. ( tu la shafiq , dlu before join tak nak buat research ) .
Mostly jutawan dan orang orang kaya kat KL ( KL sahaja aku research ) ni buat MLM.



Siapa kata tak leh buat duit ngan MLM ?? ( aku , aku " tapi tu dulu la" )
Bill Gate pon ada gak company buat MLM. Percayakah anda?

So kenapa takut nak buat duit dengan MLM? Takut kena tipu?
Kalau takut kena tipu , then buat research macam aku. Selidiik latar belakang company .


Selalunya orang - orang yang fail buat MLM ni sebab tak de kesungguhan dan mudah give up.
Pastu bila tak berjaya , dia salahkan company. Korang rasa patut ker?Company dah terangkan kat ko kena buat apa , kalau ko tak follow memang la fail.

Last week , aku terdengar member aku , berborak ngan sorang lagi member ni. Diorang dok cerita pasal MLM . Aku pon peka la dengar apa yang dorang cakap kan. Huhu :D nak tao gak apa yang dorang nak masuk ni..

Perbualan dorang mcm ni .. antari Si Acab & Adib ( bukan nama sebenar )


Acab :- " Adib , aku rasa aku nak join la UN************ , kawan aku dah berjaya buat bisnes ni "

Adib :- " Boleh percaya ke wei? "

Acab :- " Boleh , kawan aku dah ramai yang buat , and ada income masuk "

Adib :- " Yeker , aku pun dulu pernah masuk MLM , aku labur 25k tapi tade apa pun yang aku dpt "

Acab :- " Arr seyes ker? Abis cam mana kawan aku leh dpt duit ?"

Adib :- " Sebab kawan ko dah jadi boss besar kot , leh makan duit orang bawahan dia "

Acab :- Acab tak terkata-kata , terus diam.

Aku dengar dan terus mendengar. Dalam hati aku kata , kolot nye pemikiran Adib ni. Company apa yang dia masuk tu? Sampai 25k?

Kalau kau dah sanggup labur 25k kat situ , ko buat la betul-betul. Melainkan ko memang betul-betul tertipu. Tapi tetap salah ko jugak . Tak research ! haha!




Yang si Acab ni pulak terus takmo join company yang dia kata nak join. Termakan kata - kata Adib. Padahal company tu la antara yang boleh dipercayai tau ! Manalah tau , si Acab ni boleh komited kat MLM ni kan, boleh jugak dia berjaya , tapi si Adib dan tutup peluang dia untuk berjaya.

Sian si Acab tu. ( kesian , kesian )

Ni la dia , dengar kata orang lain tanpa buat research. Pastu , Adib ngan Acab rasanya baru berkenalan. How come , dia boleh trust orang yang dia baru kenal , berbanding kawan baik dia sendiri yang dah berjaya. Entahlah aku pon tak paham.

Disebabkan " orang lain yang buat tahi , busuk satu company "
Disebabkan duit , orang leh buat pelbagai cara busuk untuk mendapatkan downline. Antara paling ketara , ialah menipu kawan. Patot ke wei? Tu sebab la orang tak suka MLM . Cuba ko cakap baik - baik ko nak ajak dia buat duit. Tak yah tipu -tipu. Insya allah boleh. Orang yang menipu ni sepatotnya diterminate je dari company. Orang bagi cara dan jalan buat duit , ko bagi tahi pulak. Tak patot.

Antara MLM yang dah terkenal sekarang.
Cosway
Amway
Julien ( yang jual barang kemas dulu kala )
Rafa ( Jual sabun rm 10 , sangat berguna ketiika mengantok - serius - )
Uptrend


and banyak lagi MLM yang ada kat malaysia ni. Kalau korang tengok pun company-company ni pon dah banyak lahirkan Orang Kaya Baru .

So korang- korang , cuba perbetulkan minda kita ni sikit ye. :)

Nasihat aku , kalau nak join buat research dulu. :D tanya orang yang tau. Kalau boleh cari yang buat secara berkumpulan. So tade la cepat give up kan??

Ye ni  SKIM CEPAT KAYA ! Kalau diberi pilihan , saya akan ikut skim cepat kaya berbanding , SKIM LAMBAT NAK KAYA! ahahaha :)

p/s:- pada sesiapa yang tak tahu apa tu Multi Level Marketing sila refer  
S I N I



- Majulah kita untuk KELUARGA -

Friday, February 26, 2010

From the book : Dare TO Dream

" The future belongs to those who believe in the 
beauty of their dreams"


" All our dream can come true 
if we have the courage to pursue them"


Maulidur Rasul . Satu hari yang indah :)

Salam ( peace ) buat pembaca sekalian.

Lagi sekali kita diberikan kesempatan pada hari ini untuk bersama-sama meperingati hari yang penuh bermakna dalam diri kita sebagai seorang Islam iaitu hari Maulidur Rasul. Bersama-samalah kita memperingati Nabi kita iaitu tak lain tak bukan , Nabi Muhammad S.A.W iaitu Nabi utusan terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Alhamdulillah.

Entry kali ini , aku nak bercerita pasal momment yang aku tak dapat lupakan hari ini. Sungguh menghayat hati dan perasaan ( serius ).

Hari ni kan hari Jumaat , of course la setiap hamba Allah yang ber"gender" lelaki pergi solat Jumaat kan ?
Aku pun macam biasalah bersiap - siap nak pergi surau ngan bapak aku ( hari ni cuti , kalau tak jangan harap nak pergi solat Jumaat ) . Selepas siap terus pergi ke Masjid kat Taming Jaya tu. Tak ingat pulak aku apa nama Masjid tu , tapi mostly kat situ ramai bangsa asing. Kalau dulu aku rimas ngan dorang , tapi aku berjaya mengubah tanggapan aku tentang mereka. Kenapa aku nak rasa rimas ? Dorang pun Islam juga. Kenapa aku nak benci dorang tanpa sebab. Dorang tak buat salah pun kat aku. :)

Tapi tu dulu , sekarang tak lagi. Banyak benda yang buat aku terfikir panjang. Aku bersyukur , Alhamdulillah.




Ok! Sambung cerita,
Sampai je kat Masjid tu , aku pun cari tempat duduk. As usual dah penuh dah barisan hadapan. Alhamdullah. Masih ada orang berlumba - lumba nak dok bahagian hadapan sekarang ni, yelah pahala banyak tu. :)
Macam dalam dunia fantasi aku la kan , Macam ko dapat SEBIJIK NISSAN SKYLINE free kalau dok bahagian hadapan. Hahahah!

Hahaha! Asyik - asyik Skyline !
Kami pon dengar lah ceramah dan khutbah , dan disusuli solat Jumaat.
Kami bangun dan solat. Pada mulanya seperti biasa , tapi pada rakaat pertama , surah kedua ( tak sure surah apa yang imam ni baca ) , imam ni baca lancar pada mulanya, tapi semakin teresot- esot bacaan nye.

Dalam hati aku " eh , kenapa dengan imam ni, sakit ke? "
Bunyi bacaan imam tadi macam sesak nafas.

Aku teruskan sembahyang dan mendengar .
Imam still membaca surah, lama kelamaan baru aku paham.
Imam tu menangis ketika membaca surah tersebut di hadapan kami semua.
Sungguh beliau menghayati setiap ayat yang dibacanya.
Aku turut terharu mendengar setiap esak-esak tangisannya..
Tapi beliau masih mampu mengimamkan kami sampai ke akhir.

Selepas selesainya solat Jumaat. Aku terfikir , banyak betul dosa yang aku buat sebelum ni.
Kalau aku nangis ketika solat pun , itu pun ketika aku betul-betul susah dan perlukan pertolongan nya.
Aku rasa aku ni ibarat kacang lupakan kulit. Time aku susah , aku mintak tlg kat DIA. Tapi kalau senang sikit, aku terus lupa. Masyaallah. Apa nak jadi.

Aku harap , aku jadi insan yang sentiasa taat kepadanya ! Amin.

-Sedikit info tambahan semperna Maulidur Rasul-

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Nota ringkas :- Rindu perarakan time maulidur rasul kat sekolah :(


Wednesday, February 24, 2010

Satu mimpi bakal menjadi realiti :) Insya Allah.

Ya Allah , berikan hambamu ini satu lagi peluang untuk mencuba menjadi yang terbaik.
Dan aku BERDOA kepadamu ,
kukuh kan lah semangatku , agar dapat aku tempuhi segala cabaran dalam apa yang telah engkau takdirkan.



Jika ini yang kau takdirkan , itulah yang seharusnya aku lakukan.
Aku mohon , agar setiap langkahku diberkati  MU YaAllah!
KUATKAN SEMANGKATKU!



AKU TAHU!
AKU ADALAH PEJUANG SEJAK AKU DILAHIRKAN LAGI!
AKU PERCAYA!
AKU HERO KEPADA DIRIKU SENDIRI!
AKU PERCAYA!
DAN HERO TAK PERNAH TUMPAS,
KEPADA SESIAPA,
MELAINKAN TUHAN YANG MAHA ESA !



IM A FIGHTER! YES ! I AM!



NISSAN FAIRLADY :)

Lagu yang beri semangat kat aku !

Nissan Skyline :) My dream !

p/s :- Insya Allah salah satu kereta ni bakal menjadi milik aku. Aku cabar diri aku sendiri , dalam masa setahun ni , aku nak cari cara untuk dapat kan 5 figure income in a month :) IM A FIGHTER!

Note :- Terbakar dan teracun sebab kawan aku sorang dah pakai Fairlady :( huwaaa!


Thursday, February 18, 2010

Ngeri :- Bayi Jadi Santapan. Sup Badan Baby :(

Entry kali ni , aku nak ceritakan bertapa kejam nye manusia zaman sekarang ni ha. Dulu - dulu pernah kecoh pasal manusia makan Kucing kan , sekarang ni kecoh pulak pasal manusia makan babi BAYI.

Arrg! Patut ke ? 
Banyak lagi makanan berkhasiat kat dalam dunia ni untuk dimakan , kenapa Baby jugak nak ditelan?

Kes ni terjadi kat negara China la. Advanced sangat la diaorang ni..
Mula - mula makan kucing , anjing ... tak puas hati , 
Makan pula paus..

Eh paus ni cam tak best la makan dah mati.
So diaorang pun masak la ikan separuh hidup.
Ikan still bernafas , badan nye digoreng separuh. Arrr!
Time ikan tu nazak nak mati la , orang tu seronok nak jamah isi ikan. Kesian ikan tu :(
( video akan diupload kemudian )

La ni pulak , dorang nak jadikan diri dorang lagi advanced, dorang makan pulak Janin manusia :(
What the FISH betul la orang yang berkomplot tu. Katanya makan baby tu meningkatkan stamina.
Haih! ( masih tak boleh terima... )

 
Proses " marinate baby " agaknya ni


 
Ya Allah apa la nak jadi.


 
Pelanggan-pelanggan restoran tersebut mengatakan bahawa daging bayi boleh meningkatkan stamina mereka.

  
:(


 
Orang yang masak ni , ko tunggu je la balasan API NERAKA!


Pada asalnya, perkara "makan bayi" dianggap sebagai berita angin sahaja. Tetapi, bukti yang jelas telah dibongkar oleh seorang wartawan yang telah menyamar sebagai pelanggan restoran tersebut. Alangkah terkejutnya wartawan tersebut apabila melihat sendiri makanan di sana.

Credit to :- FCU COMUNITY

Wednesday, February 17, 2010

Makcik gadoh dasyat ! :D



Hari ni hari pertama aku masuk kerja balik di tempat yang baru..
Dan hari ni aku dapat tengok drama melayu secara live kat depan aku!!

Tajuk Cerita ,

Bedah VS Timah !

Alkisahnya , si Bedah tak puas hati kat si Timah ni ha! Katanya , si Timah ni asyik berkata buruk kat belakang dia , dengan orang lain. Katanya lagi , si Timah ni asyik bercakap buruk pasal perangai Bedah ni kat orang lain.
So naik angin la Bedah kan..

.. Skrip asal ..

Salah sorang pekerja bahagian pastry bertanya si Bedah sambil berjalan di sebelah Timah.

Pekerja tu pun betanya kepada Bedah
" Bedah , cheese kek ni nak taruk apa lagi ye?? "

Pastu si Bedah pun , ingin menjawab pertanyaan tersebut tapi telah dijawab dahulu oleh si Timah.

" Ala , kau taruk je cheese " ( skrip tuka sikit ).

Bedah pon naik angin la kan , sebab si Timah sebok - sebok nak jawab soalan yang ditanya . Padahal staff tu tak tanye Timah pun. Disebabkan tak puas hati , si Bedah terus sound Timah.

" Wei Timah , apsal kau sebok ha! Ko ni memang la.! "

Si Timah pun , apa lagi meniggikan suara la kan ..

" Kau apsal Bedah , nak sound - sound aku plak. Kau sapa ? "

Bedah naik hangin la kan,

" Babi ! ko memang kan ! depan aku ko bek jek kan, belakang aku ko cakap bukan-bukan"
" Kau cakap apa kat CDP? Aku ni perempuan murahan kan? Mulut ko cam babi la kan "

Timah diam ( buat muka tergamam ) , Bedah pulak bertalu - talu memaki hamun Timah.

" Sama la cam badan ko tu , gemuk cam babi "

Timah , cuba defend diri dia..

" Apa kau cakap ni ha! "

Si Bedah menjawab dengan penuh garang!


" Bodoh betul babi gemuk ni , ko cakap kat CDP aku ni macam - macam kan " ( Skrip ni tuka skit , sebab banyak kata kesat.)

Timah menjawab.

" Mana ada! " , ringkas jawab Timah.

Bedah membalas ,


" Ah tak payah la kau ! Aku tau perangai ko macam mana la , MACAM BABI "
" Mulut tak reti jaga ! Orang mcm kau ni tak patut hidup ! Pergi mati lagi bagus "

Timah terus terdiam .....


Pastu , Chef aku terus bawak bawak dua orang ni masuk bilik ! Settle baik - baik.




Sipnopsis cerita melayu ni ha.

Si Bedah tak puas hati kat Timah sebab , Timah bercerita buruk mengenai si Bedah ni kat orang lain. Pastu si Bedah dapat tahu dari member kerja dia. Mula mula nya dia simpan je perasaan , tapi lama-lama terus meletup jeee! . Hahaha !

Lokasi
Dalam kitchen pastry , diperhatikan lelaki lelaki macho yang tergamam melihat gelagat makcik ni.

Pengajaran
Jangan la berkata buruk mengenai orang lain. Sesungguhnya memberitahu aib orang lain tu adalah dosa besar. Sebaik baiknya kita jaga la aib orang tu :)


Perempuan oh perempuan ! kenapa hal kecik sebegiini pon leh wat gaduh?? Tak paham la aku!  Aku tengok ramai perempuan sekarang ni suka gadoh arr. :P laki pon tade mcm tu. huhu

p/s:- Sedikit gambar untuk tatapan umum :)


 

 

 
  
  
  



Tuesday, February 16, 2010

Nenek Ku SNORKLING .

Berakhir sudah pengembaraan kami sekeluarga selama 3 hari 2 malam di Pulau Tioman.
Tak puas hati laa rasanya tinggal kat sana. Rasa macam nak stay sana dua - tiga minggu lagi kat sana.
Tapi apakan daya , esok kerja aku dah start. Nak buat macam mana kan? Kerja tetap kerja.

Orait takmo spoil mood dulu . Laa ni aku masih excited nak cerita pasal percutian aku kat sana. :)
Wah ! tak sangka puas betul hati aku ni gi sana setelah lama aku tak pergi bercuti.
Suasana yang indah .
Angin laut yang tak berhenti henti meniup helaian rambut ku ni.
Bunyi bot yang menenangkan. Memang tak dapat dilupakan. Masih terngiang2 lagi bunyi tu kat telinga aku.
Macam tak leh caya masa tiga hari tu dah over.

Alahai! tamo lari tajok!
Aku nak kongsi pic ni ngan korang semua. :)
Gambar nenek aku snorklign weeii. !! !~ berani bebeno nenek aku.
Ni pon berkat anak anak dan cucu cucu  nak jugak nenek kami ni merasaai pengalaman baru. :)
Pengalaman baru yang tak dapat dilupakan , SNORKLING atau nama manja yang diberi iji SKUNING!

 
HAJAH HASINAH BTE MOHAMAD :) ILY :D
Gambar ni ayah aku ambik selepas nenek aku terapung apung tengok batu karang. :) Kejayaan baru buat nenek ku tersayang. Haha! Tengok nenek aku jee tau, yang belakang baju putihh seksi seksi tu jgn perati. Miahahahaha..

Next photo's......

Of course gambar aku. Haha!.


 
From left :- Shafiq & Atiqah
Bergaya tak kami nie ?? Haha! tak penting . tengok belakang tu ha! Cantik bukan !

 
Ucu , Atok , Hakimi


TOLONG !!!!!

 
Flip JUMP!


:) Oi Seram Weii!

Ibu TERCHENTA!

 
Sunset.


Kedai CHENDOL :)


KAMI !

Ada 2000++ gambar di SNAP ,
500++ didelete :)
lagi 1500++ untuk diUPLOAD.
INSYA ALLAH :)


Menarik .. Tertarik .. Memang De'Boom

Kurang duit BELANJA? nak dapat duit tambahan secara PERCUMA?

Senang je tak perlu credit card , mudah dan selamat.

Klik DAFTAR sekarang!

Recent Posts