Subscribe:

Pages

Followers

Thursday, March 25, 2010

Isk Mengerikan Sungguh !


Salam sejahtera ,

Hari ni , baru lah aku ada sedikit semangat nak update blog ni. Itupun sebab GENGBLOGGER dah bernyawa kembali. Terus terang aku beritahu , takde GENGBLOGGER , aku nye blog pon tak bernyawa.

As usual , update hari ni , aku khas kan buat keluarga Alwaryarham Mejar Muhammed Zulrihan Jusof . Ucapan takziah buat keluarga mereka. Tak disangka , pejuang negara ini , akan pergi meninggalkan mereka dalam kejadian yang sungguh tragis tu. Moga , roh arwaryarham bersemadi dengan tenang di sana. Jasamu sebagai seorang pahlawan negara akan senantiasa dikenang. Al-Fatihah buat mangsa.

SINTOK: Perasmian Karnival Konvokesyen ke-23 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, semalam, bertukar tragedi apabila sebuah pesawat jenis Pilatus PC-7 MK II Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat persembahan sempena majlis itu, terhempas di kawasan hutan simpan di situ dan mengorbankan juruterbangnya. Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, pesawat dipandu Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, 39, dikatakan mengalami masalah teknikal ketika membuat persembahan sebelum terjunam ke dalam kawasan hutan simpan berhampiran kolej kediaman pelajar MISC/TM.   


Kalau korang tengok video yang dirakamkan oleh seorang pelajar , mungkin anda tak terkata-kata. Dulu pernah dipaparkan , video tentera udara jatuh dari pesawat ke apa tah . Sekarang ni kita tengok pula video pesawat jatuh. Sungguh tragis. Aku nak cakap apa pon tak tau dah. Sebab aku pon tak terkata - kata . Sungguh mengerikan...




Siasatan masih dijalankan oleh pihak berwajib dan nahas kali ini menjadikannya nahas yang ke-10 membabitkan pesawat yang sama sejak tahun 1984. Berita penuh di Berita Harian.

Yang pasti, majlis konvokesyen UUM kali ini tak akan menjadi semeriah tahun sebelum ini dan sudah pastinya majlis perasmian akan datang tidak akan melibatkan lagi pertunjukan udara. Tapi tak mustahil akan ada. Mungkinkah?

Nota kecil :- Video akan diupload kemudian . Renung-renungkanlah. Itulah dugaan menjadi Tentera Udara. Sentiasa bermain dengan Ajal & Maut.





0 comments:

Post a Comment

Menarik .. Tertarik .. Memang De'Boom

Kurang duit BELANJA? nak dapat duit tambahan secara PERCUMA?

Senang je tak perlu credit card , mudah dan selamat.

Klik DAFTAR sekarang!

Recent Posts