Subscribe:

Pages

Followers

Showing posts with label Photography. Show all posts
Showing posts with label Photography. Show all posts

Wednesday, March 24, 2010

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010

Salam Rindu Buat Semua Sang Kekasih Di Luar Sana.

Dimulakan dengan salam sejahtera buat yang bukan Muslim dan aku doakan semua pembaca blog aku dalam keadaan sehat-sehat seadaanya :)

Rindu pulak rasanya dah lama tak update blog . Iyelah asyik sebuk memanjang ja. Mana nak sempat update blog. Tambahan pulak , internet connection aku kena bared , lagi lah aku langsung tak berkesempatan nak update blog kesayangan aku ni ha.

Dan korang mesti tahu padah tak update blog and tak ping kat geng blogger kan?? Terus jatuh visitor aku.. Huwaaa! Dari ratusan ribu orang , tinggal TIGA (3) orang je yang datang melawat blog aku hari ni. Hancur Punah Harapan. Tapi tak mengapa , NUFFNANG masih berjalan.  Alhamdulillah Syukur.

Heheee!~ Orait , seperti dijanjikan dalam post yang sebelumnya , aku ada kata nak UPLOAD banyak gambar untuk korang kan?? Heeheee! Usha dan comment la yee. Walaupun gambarnya tak seberapa, tapi biarlah. Ini blog aku , bukan blog korang. :)







Nota :- Semua gambar candid , kalau sesiapa empunya badan terasa gambar dia ada dalam ni , sila gitau saya. Saya akan remove dengan segera :) Harap Maklum .

Sekian Wasalam

Monday, March 15, 2010

Gambar Panas Hari INI! Komen laaa :D


Menara Usahawan :) Aku nak apply sini lah :)



Ni aku tak tau apa benda nye :)
Menarik structure bangunan nya



Cantek bukan??



Batu - batu yang kesunyian :)



Penghujung Nyawa Bagi Sebatang Pokok



Port Klang :)



Last Picture For Today :)
Bangunan Pelik kat PUTRAJAYA baru nak bina .




Wednesday, February 17, 2010

Makcik gadoh dasyat ! :D



Hari ni hari pertama aku masuk kerja balik di tempat yang baru..
Dan hari ni aku dapat tengok drama melayu secara live kat depan aku!!

Tajuk Cerita ,

Bedah VS Timah !

Alkisahnya , si Bedah tak puas hati kat si Timah ni ha! Katanya , si Timah ni asyik berkata buruk kat belakang dia , dengan orang lain. Katanya lagi , si Timah ni asyik bercakap buruk pasal perangai Bedah ni kat orang lain.
So naik angin la Bedah kan..

.. Skrip asal ..

Salah sorang pekerja bahagian pastry bertanya si Bedah sambil berjalan di sebelah Timah.

Pekerja tu pun betanya kepada Bedah
" Bedah , cheese kek ni nak taruk apa lagi ye?? "

Pastu si Bedah pun , ingin menjawab pertanyaan tersebut tapi telah dijawab dahulu oleh si Timah.

" Ala , kau taruk je cheese " ( skrip tuka sikit ).

Bedah pon naik angin la kan , sebab si Timah sebok - sebok nak jawab soalan yang ditanya . Padahal staff tu tak tanye Timah pun. Disebabkan tak puas hati , si Bedah terus sound Timah.

" Wei Timah , apsal kau sebok ha! Ko ni memang la.! "

Si Timah pun , apa lagi meniggikan suara la kan ..

" Kau apsal Bedah , nak sound - sound aku plak. Kau sapa ? "

Bedah naik hangin la kan,

" Babi ! ko memang kan ! depan aku ko bek jek kan, belakang aku ko cakap bukan-bukan"
" Kau cakap apa kat CDP? Aku ni perempuan murahan kan? Mulut ko cam babi la kan "

Timah diam ( buat muka tergamam ) , Bedah pulak bertalu - talu memaki hamun Timah.

" Sama la cam badan ko tu , gemuk cam babi "

Timah , cuba defend diri dia..

" Apa kau cakap ni ha! "

Si Bedah menjawab dengan penuh garang!


" Bodoh betul babi gemuk ni , ko cakap kat CDP aku ni macam - macam kan " ( Skrip ni tuka skit , sebab banyak kata kesat.)

Timah menjawab.

" Mana ada! " , ringkas jawab Timah.

Bedah membalas ,


" Ah tak payah la kau ! Aku tau perangai ko macam mana la , MACAM BABI "
" Mulut tak reti jaga ! Orang mcm kau ni tak patut hidup ! Pergi mati lagi bagus "

Timah terus terdiam .....


Pastu , Chef aku terus bawak bawak dua orang ni masuk bilik ! Settle baik - baik.




Sipnopsis cerita melayu ni ha.

Si Bedah tak puas hati kat Timah sebab , Timah bercerita buruk mengenai si Bedah ni kat orang lain. Pastu si Bedah dapat tahu dari member kerja dia. Mula mula nya dia simpan je perasaan , tapi lama-lama terus meletup jeee! . Hahaha !

Lokasi
Dalam kitchen pastry , diperhatikan lelaki lelaki macho yang tergamam melihat gelagat makcik ni.

Pengajaran
Jangan la berkata buruk mengenai orang lain. Sesungguhnya memberitahu aib orang lain tu adalah dosa besar. Sebaik baiknya kita jaga la aib orang tu :)


Perempuan oh perempuan ! kenapa hal kecik sebegiini pon leh wat gaduh?? Tak paham la aku!  Aku tengok ramai perempuan sekarang ni suka gadoh arr. :P laki pon tade mcm tu. huhu

p/s:- Sedikit gambar untuk tatapan umum :)


 

 

 
  
  
  



Tuesday, February 16, 2010

Nenek Ku SNORKLING .

Berakhir sudah pengembaraan kami sekeluarga selama 3 hari 2 malam di Pulau Tioman.
Tak puas hati laa rasanya tinggal kat sana. Rasa macam nak stay sana dua - tiga minggu lagi kat sana.
Tapi apakan daya , esok kerja aku dah start. Nak buat macam mana kan? Kerja tetap kerja.

Orait takmo spoil mood dulu . Laa ni aku masih excited nak cerita pasal percutian aku kat sana. :)
Wah ! tak sangka puas betul hati aku ni gi sana setelah lama aku tak pergi bercuti.
Suasana yang indah .
Angin laut yang tak berhenti henti meniup helaian rambut ku ni.
Bunyi bot yang menenangkan. Memang tak dapat dilupakan. Masih terngiang2 lagi bunyi tu kat telinga aku.
Macam tak leh caya masa tiga hari tu dah over.

Alahai! tamo lari tajok!
Aku nak kongsi pic ni ngan korang semua. :)
Gambar nenek aku snorklign weeii. !! !~ berani bebeno nenek aku.
Ni pon berkat anak anak dan cucu cucu  nak jugak nenek kami ni merasaai pengalaman baru. :)
Pengalaman baru yang tak dapat dilupakan , SNORKLING atau nama manja yang diberi iji SKUNING!

 
HAJAH HASINAH BTE MOHAMAD :) ILY :D
Gambar ni ayah aku ambik selepas nenek aku terapung apung tengok batu karang. :) Kejayaan baru buat nenek ku tersayang. Haha! Tengok nenek aku jee tau, yang belakang baju putihh seksi seksi tu jgn perati. Miahahahaha..

Next photo's......

Of course gambar aku. Haha!.


 
From left :- Shafiq & Atiqah
Bergaya tak kami nie ?? Haha! tak penting . tengok belakang tu ha! Cantik bukan !

 
Ucu , Atok , Hakimi


TOLONG !!!!!

 
Flip JUMP!


:) Oi Seram Weii!

Ibu TERCHENTA!

 
Sunset.


Kedai CHENDOL :)


KAMI !

Ada 2000++ gambar di SNAP ,
500++ didelete :)
lagi 1500++ untuk diUPLOAD.
INSYA ALLAH :)


Sunday, January 24, 2010

Blog Usang , Sedang Dikemaskini

Lama jugak aku tak jengok blog aku ni.
Dah bersawang blog aku ni , suka la si labah-labah dan juga tikus-tikus berkeliaraan. Haha!
Act semenjak aku start praktikal kat Hotel Royale Chulan , masa aku terhad untuk buat anything.
Termasuklah online . Kalau aku online pon , aku jarang-jarang bukak blog. Selalu on facebook jeee.
Nasib baik la hari ni aku cuti ann , boleh la aku update skit blog ni.

Huhu ! Kalau korang nak tau , aku rasa worst gila time 1st day masuk kerja kat Royale Chulan tu.
Rasa  tertekan pon ada. Yelaa kan , tak biasa. Lagi- lagi jumpa dengan orang yang tak berapa nak ngam kan. Rasa cam nyesal plak masuk kerja hari tu.. Hahaha!

Tapi hari ke hari , aku rasa seronok plak kerja kat situ . Dah ada member yang sekepala dah. Tu yang leh kerja tu. 1st day tu , aku just tengok-tengok jee.. Keesokkan harinya pulak , aku buat live omelet depan orang.. Haha!

Hancur beb! dengan orang putih beratur panjang nak tunggu ommelet aku. maiahha! rasa bangga and takot pon ada weiii.. Hahaha!

Tapi rezeki tak lama , aku dipindahkan ke bahagian Banquet plak. Kat banquet aku ditugaskan untuk sediakan barang2 untuk Buffet kat Coffee House. :) Kat banquet ni tade la jumpa guest sangat. Just b'diri masak jee la kerja aku kan.. Pastu letak dalam Claypot je..  Best jugak.

Seminggu aku dok kat Banquet tu , Chef Azmi terus pindahkan aku kat Kopitiam , seblah Briyani House. Kerja kat sini paling best ! Aku masuk kol 7 pagi balik kol 3 ptng. Hahaha ! balik-balik gi Cempaka jap dating ngan Khaty. Hahah! :P

Tapi bukan stakat tu je tahap kebestsan dia tao , aku kerja kat kopitiam , hari-hari makan aku terjamin . Kerja aku makan jee kat Kopitiam tu. Hahaha. Kalau dari kol 7-12 tu , aku leh makan Mee Hun , Nasi Lemak Utara , Roti Bakar & Cee chon Fan. :) Nyumm! Belah tengahhari aku leh ngap Nasi Briyani plak tu.. Wahhh ! Best gila.. huhu..


Korang doakan lah stay situ sampai akhir praktikal :D kih3



Tapi SERVICE kat hotel ni NEED MORE IMPROVEMENT laaa. :)



PEMILIK HOTEL NI MELAYU TAU! BANGGE SKIT :)



Aku dah hafal dah macam mana dan kat mana nak setup semua makanan-makanan ni. :)

Wednesday, December 30, 2009

New picture new post

Saje nak tunjuk gambar yang baru upload ni hah! :D
dah lama dah tangkap tapi baru nak upload.

Gambar ni diambil time aku merewang kat Taman Botani Putrajaya.
OH tak puas tengok hitam putih? Nanti aku UPLOAD kan lagi gambar kat TAMAN BOTANI tu yee.. Buhbye

 

Sunday, December 13, 2009

Tanya pendapat boleh?

Korang rasa , korang nye gambar jadi lawa bila tangkap gambar kat mana?
Kiranya memang sesuai gila la untuk bergambar.. huhu : )

Hah! ni beta nak buat pengumuman ni. Blog beta sudei ada header baru lah.. Haha! :)
Terimas kat goodtutorial sebab banyak mengajar aku dari kecik sampai la ketua ni hal hal photoshop ni.
Dari A to G. Huhu!~ tak sampai Z lagi sebab aku bukan pro sangat hal-hal ini.

So dibawah ni aku ada tempek satu gambar dimana aku yang design sendiri guna photoshop.
Teknik ni , dinamakan BOKEH. Salah satu teknik dalam photography jugak ni. :D
Dari teknik tu lah aku dapat ilham untuk create gambar di bawah.



Berikan lah sedikit comment membina , supaya aku dapat memperbaiki lagi setiap kerja aku..huhu ...


 
Si tembam dari Mata Lensa Alpha a300


:) M e r e n u n g  Ke D e p a n


Best gilak keluar ngan you syg ! Ha ha haaa ~

 

Menarik .. Tertarik .. Memang De'Boom

Kurang duit BELANJA? nak dapat duit tambahan secara PERCUMA?

Senang je tak perlu credit card , mudah dan selamat.

Klik DAFTAR sekarang!

Recent Posts