Subscribe:

Pages

Followers

Showing posts with label Petua Dan Tips. Show all posts
Showing posts with label Petua Dan Tips. Show all posts

Friday, March 5, 2010

Pesan Rasullullah S.A.W Sebelum Tidur , Must Read

Salam Peace ,

Sementara masih ada masa ni , aku nak sharing skit apa yang aku dapat daripada hasil blogwalking tadi. Aku tertarik ngan Pesan Rasullah S.A.W iaitu idola dunia akhirat aku. Terima kasih kepada bro
AiMaN HaDi  sebab aku jumpa post ni kat sidebar dia. So aku ingat nak sharing gak ngan bloggers lain kat luar sana tu .. Harap bro tak kisah :)

Marilah kita sama- sama saling ingat mengingatkan sementara masih sempat :) Insya allah berkat di dunia akhirat.


-----------------------------------------------------------------


Pesan Rasulullah s.a.w sebelum tidur :

Rasulullah s.a.w berpesan pada Aisyah r.h yang bermaksud,

"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu
1. sebelum khatam al-Qur'an
2. sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat
3. sebelum para Muslimin meredhai kamu dan
4. sebelum kau laksanakan haji dan umrah.

Bertanya Aisyah,
"Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"






Rasulullah tersenyum dan bersabda maksudnya,

" Jika Engkau tidur bacalah ; "
1. Al- Ikhlas tiga kali seolah-olah kau mengkhatamkan al-Qur'an.
2. Bacalah selawat untukku dan para Nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para Muslimin, maka mereka akan meredhai kamu.
4.  Dan banyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir (subhanaullah,walhamdulillah,walaillahailaullah, Allahuakbar), maka seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

-----------------------------------------------------------------



Wednesday, March 3, 2010

13 Sikap Orang Yang Berjaya



Salam peace to all readers out there,
Malam ni aku nak share sedikit ilmu yang baru je aku peroleh daripada seminar tadi. So sebelum terlupa baik aku sharing ngan korang kan? Heheh :)





Kejayaan dan kegagalan semua terpulang kepada sikap diri kita. Sikap ni sukar dibentuk dan diubah. Tapi kajian mendapati , cara paling mudah nak ubah sikap kita ni , ialah dengan mengubah sikap buruk dengan sikap yang lebih baik dan bagus. Once you have archieved this, success is easily archieveable.

Antara sikap - sikap orang yang berjaya yang aku perasan la ni ialah,

1. Orang yang berjaya , mestilah memahami objektif yang ingin dicapai. Mereka mestilah berusaha setimpal dengan apa yang dia inginkan , barulah tercapai objektifnya.

2. Orang - orang yang berjaya , pandai membuat keputusan dengan cepat dan ikut panduan yang diberikan. Jika keputusan terpaksa ditukar , mereka akan berfikir panjang sebelum mengubah keputusan.

3. Orang yang berjaya , ialah seorang pendengar yang bijak. Orang seperti ini , bukan sahaja mendengar , malahan memahami apa yang cuba disampaikan.

4. Orang yang berjaya , merancang setiap aktivitinya . Orang ini , akan list down kerja yang patut dibuat keesokkan harinya .

5. Orang yang berjaya , menyimpan diari ( dan Blog )  haha.

6. Matlamat orang berjaya , bukanlah sekadar menyiapkan tugasannya , malahan mencuba buat yang terbaik. Apabila mereka ini diberikan tugasan , mereka akan buat dengan bersungguh - sungguh  dan tidak akan diganggu oleh orang disekitarnya.. Walaupun mereka diberi tugasan yang mereka tidak sukai , mereka tetap melaksanakannya . Senang cerita , mereka nak perfect je la :)

7. Orang yang berjaya ,ialah seorang yang kerjakuat , sistematik , dan mendetailkan segala apa yang dilakukan.

8. Orang yang berjaya , akan sentiasa mengingatkan diri sendiri. Mereka akan memotivasikan diri sendiri supaya tak cepat give up dan percaya yang mereka boleh melakukannya .

9. Orang yang berjaya , percaya akan diri sendiri. Mereka sentiasa membayangkan kejayaan . Secara tak langsung , ianya terus mendorong mereka membuat yang terbaik dalam setiap yang dilakukan.

10.
Orang yang berjaya , sentiasa bersemangat , bertenaga dan bersedia.

11. Orang yang berjaya , mempunyai misi dan visi tersendiri. Mereka bekerja untuk mencapai sesuatu dan bukanlah semata- mata kerana duit.

12. Orang yang berjaya adalah sangat sistematik dan berdisiplin

13. Dan yang terakhir ialah , orang yang berjaya akan sentiasa mencari jalan untuk berjaya , dan kegagalan bukanlah penyebab jatuhnya semangat.


Baca dan amalkan ye :D
 

Semoga kita menjadi orang yang berjaya di DUNIA dan AKHIRAT

Sambil sambil tu dengar lagu penaik semangat ni :)

JANGAN TENGOK VIDEO DIA! HILANG FEEL WOOO! :) DENGAR LAGU JEE okieh :)




KOMEN LINK KAT BAWAH , JANGAN BUAT2 TAK NAMPAK PULAK :)




Tuesday, March 2, 2010

Entri paling hangat.

Salam peace ! Apa khabar semua , sehat tak? hehe !~ Mesti lah sehat kan? Korang kan pemblogger paling tegar kat muka bumi ni. Sehari tak blogging tak sah kan?? Kalau sakit , tak ada ubat lain dah selain blogwalking pastu gelak sorang-sorang depan pc selepas baca entri - entri para bloggers kita ni .

Cakap pasal entri ni kan , ni aku nak cerita sikit ni. Ni fakta bukan auta :) Korang tahu tak blogger kita ni suka letak entri yang hangat hangat sehangat Hot FM , and ada kalanya terlebih lebih HANGAT , sehinggakan bila kita ternampak je tajuk tu , terus bukak link tu .

Contoh , salah satu entri  hot yang orang suka buat letak ialah " Video Malam Pertama ". Uish ! pantang para blogger kat luar sana tu , kalau nampak entri yang hot macam ni. Terus tak reti nak duduk diam, sehingga berpeluh - peluh sebab excited nak tengok video tu yang disangkanya video 18sx . Haha. Bukak - bukak hampeh . Video lain yang keluarnya :) Bukan 3gp Melayu tapi video ceramah agama plak yang keluar. Naik hangit member , terus hilang nafsu serakah 2 bulan. Hahahaha.

Ni antara entri - entri popular sekarang ni.
Semua fikir kotor je. Apa nak jadi?? :P

 
Klik Untuk TUMBESARAN
Entri Paling Hangat pada ketika ini ialah MALAM PERTAMA !
Apa yang dibuat pada malam pertama ehh?? Aku tak tahu la ? Sapa boleh  ajar ! Ops! hehehe :)

So , kesimpulannya , kalau nak tarik unique visitor , letak la entri-entri ngan perkataan LUCAH baik ye. Kita takleh buat orang selalu kecewa. Kesian dia. Dia nak cari 3gp Malam Pertama dapat pulak cerita Pengalaman Malam Pertama Berceramah Di Surau Nur Ain :D

Hambek Kau :)  GUD NITE


 
This Picture I Dedicate to Cik Kitty
Sebab dia pencinta kucing yang sangat IKHLAS :)
Teruskan sikap sebegitu ok Cik Kitty :)

p/s:- Satu lagi tips nak tingkatkan UNIQUE VISITOR ialah , Setiap malam ko bukak KL FM, pastu bila dekat - dekat pukul 12 pagi kan , ada lagu negaraku berkumandang, ko terus ping entri korang kat GENG BLOGGER :) Insya allah berkat dengar lagu NEGARAKU , 1 Malaysia datang tengok blog korang :)

Tak begitu KAWAN KAWAN?


Sunday, February 28, 2010

Kenapa Ramai Tak Suka MLM?



Salam ( peace ) sejahtera diucapkan kepada makcik - pakcik di luar sana yang sudi bertandang blog ini.
Hari ni ,entahlah kenapa tetiba terdetik hati ini ( chewah ) nak bercerita pasal Multi Level Marketing ni kat sini. :)

Pasti korang biasa dengar pasal Multi Level Marketing kan? Tipu lah kalau korang kata tak pernah dengar . MLM penipu lah , kayakan orang atas la , dan pelbagai tanggapan negetif diberikan kalau ditanya pasal MLM ni , betul tak?

Ok , sebelum aku berhujah dan merepek panjang berjela , baik aku beritahu yang sekarang ni , aku tak buat apa - apa bisnes MLM dan berniat nak promosi bisnes MLM aku kat korang. No lah . Entri kali ini , just untuk menyedarkan bahawasanya tanggapan korang salah pasal MLM ni. Clear?

 
Gambar aku main angkut kat google je.

 
Ni carta organisasi kat syarikat.
Perasan tak , lebih kurang je. Bentuk system dia.
( fikir-fikir kan lah )
MLM sama je macam bukak syarikat :) Susah-susah dahulu , baru leh senang-senang jadi CEO.


Dulu aku pernah jugak terjebak dengan MLM ni ( nama syarikat di rahsiakan ) , excitednya aku , pergi dia nya seminar dan segala jenis ceramah .Time tu , aku memang tak pernah buat MLM , so aku pon excited la , sebab dorang cerita boleh duit berjuta - juta segala kalau join benda ni. Macam senang gila nak buat MLM ni.. Everytime aku balik dari seminar dorang pasti tak leh tido. So aku pun join la , dengan melaburkan sedikit duit RM 2500++, dengan harapan dok diam dapat duit. Tapi sangkaan aku salah. Buat bisnes apa yang dok diam dapat duit?? Tak ada.

Akhirnya rezeki aku bukan kat situ , aku pon stop buat benda alah tu selepas mempromosikan company tu tak sampai sebulan.

Pastu , aku give up . Mula la aku on internet cakap kat orang lain , MLM yang aku join tu tak bagus . Tak boleh buat duit ( sebab aku ingat dok diam leh dapat duit ). Aku kutuk habis-habisan company yang pernah aku join dulu. Anti gila ngan company tu.

Alhamdulillah sekarang aku sedar , dulu aku gagal sebab aku tak berusaha . Kerja apa yang tak berusaha dapat pulangan?? tak ada lagi aku rasa. Pelacur cari duit pun , terpaksa gadai maruah tau.

Kalau betul la company yang aku join tu tak bagus , kenapa still megah lagi berdiri company dia. Baru- baru ni , siap keluar paper lagi , yang company tu berjaya melahirkan 12 jutawan setahun, and yang terkejutnya aku , salah sorang upline aku terdiri daripada 12 jutawan tersebut. Tersentak la aku kan. ! OMG rugi tak follow up dia dari dulu. Hahaha!~ Tapi apa kan daya, sebab sikap malas aku , aku still berada di tahap , tak cukup makan , padahal upline aku plak asyik terlebih makan jee sbb duit banyak.

MENYESAL BETA!

Pastu aku buat la research pasal MLM ni. ( tu la shafiq , dlu before join tak nak buat research ) .
Mostly jutawan dan orang orang kaya kat KL ( KL sahaja aku research ) ni buat MLM.



Siapa kata tak leh buat duit ngan MLM ?? ( aku , aku " tapi tu dulu la" )
Bill Gate pon ada gak company buat MLM. Percayakah anda?

So kenapa takut nak buat duit dengan MLM? Takut kena tipu?
Kalau takut kena tipu , then buat research macam aku. Selidiik latar belakang company .


Selalunya orang - orang yang fail buat MLM ni sebab tak de kesungguhan dan mudah give up.
Pastu bila tak berjaya , dia salahkan company. Korang rasa patut ker?Company dah terangkan kat ko kena buat apa , kalau ko tak follow memang la fail.

Last week , aku terdengar member aku , berborak ngan sorang lagi member ni. Diorang dok cerita pasal MLM . Aku pon peka la dengar apa yang dorang cakap kan. Huhu :D nak tao gak apa yang dorang nak masuk ni..

Perbualan dorang mcm ni .. antari Si Acab & Adib ( bukan nama sebenar )


Acab :- " Adib , aku rasa aku nak join la UN************ , kawan aku dah berjaya buat bisnes ni "

Adib :- " Boleh percaya ke wei? "

Acab :- " Boleh , kawan aku dah ramai yang buat , and ada income masuk "

Adib :- " Yeker , aku pun dulu pernah masuk MLM , aku labur 25k tapi tade apa pun yang aku dpt "

Acab :- " Arr seyes ker? Abis cam mana kawan aku leh dpt duit ?"

Adib :- " Sebab kawan ko dah jadi boss besar kot , leh makan duit orang bawahan dia "

Acab :- Acab tak terkata-kata , terus diam.

Aku dengar dan terus mendengar. Dalam hati aku kata , kolot nye pemikiran Adib ni. Company apa yang dia masuk tu? Sampai 25k?

Kalau kau dah sanggup labur 25k kat situ , ko buat la betul-betul. Melainkan ko memang betul-betul tertipu. Tapi tetap salah ko jugak . Tak research ! haha!




Yang si Acab ni pulak terus takmo join company yang dia kata nak join. Termakan kata - kata Adib. Padahal company tu la antara yang boleh dipercayai tau ! Manalah tau , si Acab ni boleh komited kat MLM ni kan, boleh jugak dia berjaya , tapi si Adib dan tutup peluang dia untuk berjaya.

Sian si Acab tu. ( kesian , kesian )

Ni la dia , dengar kata orang lain tanpa buat research. Pastu , Adib ngan Acab rasanya baru berkenalan. How come , dia boleh trust orang yang dia baru kenal , berbanding kawan baik dia sendiri yang dah berjaya. Entahlah aku pon tak paham.

Disebabkan " orang lain yang buat tahi , busuk satu company "
Disebabkan duit , orang leh buat pelbagai cara busuk untuk mendapatkan downline. Antara paling ketara , ialah menipu kawan. Patot ke wei? Tu sebab la orang tak suka MLM . Cuba ko cakap baik - baik ko nak ajak dia buat duit. Tak yah tipu -tipu. Insya allah boleh. Orang yang menipu ni sepatotnya diterminate je dari company. Orang bagi cara dan jalan buat duit , ko bagi tahi pulak. Tak patot.

Antara MLM yang dah terkenal sekarang.
Cosway
Amway
Julien ( yang jual barang kemas dulu kala )
Rafa ( Jual sabun rm 10 , sangat berguna ketiika mengantok - serius - )
Uptrend


and banyak lagi MLM yang ada kat malaysia ni. Kalau korang tengok pun company-company ni pon dah banyak lahirkan Orang Kaya Baru .

So korang- korang , cuba perbetulkan minda kita ni sikit ye. :)

Nasihat aku , kalau nak join buat research dulu. :D tanya orang yang tau. Kalau boleh cari yang buat secara berkumpulan. So tade la cepat give up kan??

Ye ni  SKIM CEPAT KAYA ! Kalau diberi pilihan , saya akan ikut skim cepat kaya berbanding , SKIM LAMBAT NAK KAYA! ahahaha :)

p/s:- pada sesiapa yang tak tahu apa tu Multi Level Marketing sila refer  
S I N I



- Majulah kita untuk KELUARGA -

Tuesday, January 26, 2010

Fadilat baca 10 ayat surah al-Baqarah

Diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud r.a, katanya: “Sesiapa membaca 10 ayat daripada surah al-Baqarah ketika awal waktu siang, syaitan tidak akan menghampirinya hingga ke petang.

Jika ia membacanya pada waktu petang, syaitan tidak mendekatinya hingga ke pagi. Ia juga tidak akan melihat sesuatu yang ia benci pada keluarga dan harta bendanya,” (Riwayat al-Darimi, al-Bhaihaqi di dalam kisah Syu’ab al-Iman).

Ibn Mas’ud r a, meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca 10 ayat: Empat daripada awal surah al-Baqarah, ayat al-Kurysi, dua ayat selepasnya dan ayat penutup surah al-Baqarah, nescaya syaitan tidak akan memasuki rumah itu hingga pagi,” (Riwayat al-Tabrani dalam al-Kabir dan riwayat al-Hakim, kata hadis dinilai Sahih).

- BERITA HARIAN -

Friday, June 12, 2009

Say no to Rokok

Bersama-sama kita menyokong kempen anti rokok!
http://paanartcreative.blogspot.com/




Tuesday, June 2, 2009

Petua dari Iman Syafie yang patut kita amalkan


4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging ( Bukan McD ok )
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian Langit Dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan Terjaga untuk solat malam...

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan Makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup / tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


* patotlah aku senang tido, kalau aku tido meniarap. Sebab tu style syaitan. Grrr! takkan ku amalkan lagi dah :)


Menarik .. Tertarik .. Memang De'Boom

Kurang duit BELANJA? nak dapat duit tambahan secara PERCUMA?

Senang je tak perlu credit card , mudah dan selamat.

Klik DAFTAR sekarang!

Recent Posts