Subscribe:

Pages

Followers

Wednesday, August 19, 2009

H1N1 kini makin berleluasa lahh.

Korang tak rasa macam tu ker? Disebabkan H1N1 ni aku kena quarantine hampir dua minggu tanpa surat tao ! pihak kolej ingat kami semua ponteng. benggang jugak aku. Bila lah kolej aku nak tutup, sebab dah banyak sangt budak-bdk kat kolej aku ni mengalami symtom2 H1n1 ni. Ni la lecehnya belajar kat IPTS. Hmmm!~ Btw , tempat belajar kazen aku baru je ditutup untuk seminggu. Seminggu before tempat belajar kazen aku ditutup , dia ada gitao aku yang dia pon dmm dmm gakk. Aku dah nasihatkan dia pergi hospital. Jangan gi klinik je.. Harap harap dia pg.

Now aku dapat cerita UPSI ditutup sminggu disebabkan ada pelajar nya yang dah kena H1n1. Wahh ! tu tempat belajar kazen aku. harap harap ko tak kena la weiii.. Prevent is better than cure, jangan nak chantekss jekkk! hehehe. Pakai mask okeiH :) hope u well soon ..

Tanjong Malim, 29 Julai – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengumumkan penangguhan kuliah serta-merta setelah mendapati beberapa suspek yang disyaki dijangkiti H1N1 positif.

Berikutan itu, semua kolej kediaman turut dikuarantin selepas menerima arahan daripada pihak atasan sebagai langkah berjaga-jaga. Dilaporkan lebih seratus pelajar mengalami simptom-simptom wabak tersebut dan kesemua mereka masih dalam pemeriksaan.

Dalam perkembangan berkaitan, UPSI menutup kampus utama daripada sebarang aktiviti.

Sehingga kini, belum ada pengumuman dibuat daripada pihak Kementerian Kesihatan berkaitan kes terbaru ini.

Karim corner turut tutup kedai
Berikutan penutupan UPSI hari ini akibat kes H1N1 yang dilaporkan positif hasil pemeriksaan yang dibuat terhadap beberap suspek, sebuah warung berhampiran UPSI, Karim Corner turut mengmbil langkah sama untuk menutup kedai buat sementara waktu.

Tindakan ini diambil bagi mengelak orang ramai yang berkunjung ke sana daripada berkumpul untuk mengurangkan risiko penyakit ini tersebar.

Pemeriksaan masih diteruskan
Pihak UPSI dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Batang Padang dilaporkan masih meneruskan kerja-kerja pemeriksaan bagi mendapatkan maklumat lengkap berkenaan perkembangan kes ini.

Kakitangan UPSI bertugas seperti biasa
Semua kakitangan UPSI bertugas seperti biasa meskipun UPSI ditutup hari ini. Pihak Pusat Kesihatan menasihatkan semua kakitangan mengmbil langkah berjaga-jaga sebagai langkah pencegahan awal.

KAB gotong-royong sedia makanan
Berikutan arahan kuarantin yang dikeluarkan kepada semua kolej kediaman, Kolej Aminudin Baki (KAB) mengambil langkah menyediakan makanan secara gotong-royong untuk smeua penghuni kolej tersebut.

Pelajar tak dibenar pulang ke kampung
Bahagian Akademik menasihatkan semua pelajar agar tidak pulang ke rumah atau balik kampung meskipun tidak ada kuliah dijalankan hari ini dan meminta semua pelajar menunggu arahan seterusnya daripada pihak UPSI yang akan diumumkan melalui UPSI MyPortal.




0 comments:

Post a Comment

Menarik .. Tertarik .. Memang De'Boom

Kurang duit BELANJA? nak dapat duit tambahan secara PERCUMA?

Senang je tak perlu credit card , mudah dan selamat.

Klik DAFTAR sekarang!

Recent Posts